Pages

Rabu, 5 Jun 2013

menara jam di kelantan

Menara Jam Tambatan Diraja atau juga dikenali sebagai Menara Tinjau yang terletak di tepi Sungai Kelantan dan disebelah Padang Merdeka & Hotel Ridel

  Menara Tambatan Di Raja bernilai RM5 juta yang siap dibina Mac lepas bakal menjadi mercu tanda tumpuan Kota Baharu untuk penduduk Kelantan dan pelancong berkunjung dan bersantai.
Terletak di tebing Sungai Kelantan berhampiran Tambatan DiRaja Kota Baharu, menara dengan ketinggian 150 meter itu dilengkapi jam besar dipuncaknya dan menara tinjau di tingkat enam untuk melihat keindahan panorama Kota Baharu.
Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Korporat Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Azman Mohd Daham dalam sidang media di sini Khamis berkata menara itu dibuka secara rasminya pada Julai lepas dan beroperasi dari 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan