Info Kelantan
Bendera Kelantan
Kelantan adalah salah satu negeri di Malaysia. Ibu negerinya adalah Kota Bharu. Nama rasmi bagi negeri Kelantan adalah Kelantan Darul Naim.
Negeri Kelantan bertempat timur Semenanjung Malaysia.Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas,Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.
Sultan Negeri Kelantan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan