Pages

Rabu, 5 Jun 2013

menara jam di kelantan

Menara Jam Tambatan Diraja atau juga dikenali sebagai Menara Tinjau yang terletak di tepi Sungai Kelantan dan disebelah Padang Merdeka & Hotel Ridel

  Menara Tambatan Di Raja bernilai RM5 juta yang siap dibina Mac lepas bakal menjadi mercu tanda tumpuan Kota Baharu untuk penduduk Kelantan dan pelancong berkunjung dan bersantai.
Terletak di tebing Sungai Kelantan berhampiran Tambatan DiRaja Kota Baharu, menara dengan ketinggian 150 meter itu dilengkapi jam besar dipuncaknya dan menara tinjau di tingkat enam untuk melihat keindahan panorama Kota Baharu.
Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Korporat Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Azman Mohd Daham dalam sidang media di sini Khamis berkata menara itu dibuka secara rasminya pada Julai lepas dan beroperasi dari 8 pagi sehingga 5 petang setiap hari.

Tempat menarik di kelantan





Pasar Besar Siti Khadijah

 Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.

 Pantai Sri Tujuh


Mungkin ramai tidak tahu Pantai Sri Tujoh di Jajahan Tumpat, Kelantan terhasil daripada pembentukan tujuh teluk. Keindahan semulajadinya memberikan ketenangan kepada sesiapa yang berkunjung. Duduk bersantai melihat pemandangan pantai ini juga mampu melenyapkan bebanan kerja yang bersarang di fikiran. Tambahan pula, apabila melihat aktiviti nelayan menebar jala dari tepi pantai.
 
 
Pantai Cahaya Bulan
 
 
Pantai Cahaya Bulan atau dahulu dikenali dengan nama pantai Cinta Berahi sebelum nama ditukar oleh Menteri Besar Kelantan. Perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu akan membawa pengunjung melalui satu pekan Melayu tradisional . Ini adalah kawasan kraftangan yang penting di negeri untuk pencetakan batik, penenunan songket, dan pembuatan layang-layang serta loyang.Persisiran pantai ini adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ini terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik dan air yang jernih. Deretan pokok ru dan pokok kelapa pula menambahkan lagi kecantikan pantai ini.
 
 

Gunung Stong
 
 Gunung Stong merupakan salah satu gunung tertinggi di Kelantan dengan ketinggian 1,442 meter. Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong menyediakan hutan yang menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah.
 
 
 Rantau Panjang
 
 Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand yang terletak di utara negeri Kelantan. Ia berada 39 kilometer di barat daya bandar Kota Bharu dan terletak berhampiran dengan Sungai Golok, Thailand. Ia terkenal dengan pelbagai barangan jualan dan cenderahati.
 

 


 


Pasar Malam Wakaf Che Yeh
 
 Wakaf Che Yeh adalah sebuah pasar malam terbuka yang terletak kira-kira 4km di luar bandar Kota Bharu. Mempunyai keluasan suku ekar, ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.
 

Selasa, 4 Jun 2013

Permainan Tradisional

Wayang Kulit 
Wayang Kulit Siam (atau Wayang Kulit Kelantan) ialah sejenis kesenian wayang kulit yang berasal dari negeri Kelantan Darul Naim, Malaysia. Ia merupakan salah satu dari empat jenis persembahan wayang kulit yang terdapat di Malaysia. Wayang Kulit Siam telah dikenal pasti sebagai jenis persembahan wayang kulit yang tertua di Malaysia. Selain itu, jenis wayang kulit ini juga adalah yang paling terkenal dan terpenting di Malaysia sejak dari zaman dahulu hingga kini.


Silat 
 Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau.

 Gasing

Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.
Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. 
Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing.


Dikir Barat
 Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara.
Tukang karut dan Tok Juara akan mendahului nyanyian sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.
 






makanan menarik di kelantan



                                                                1. Nasi Ulam Cikgu.
Keunikan restoran nasi ulam ni ada pada lauk dan kepelbagaian ulam yang disediakan. Makan ulam, awet muda..Antara menu yang special disini adalah, ikan keli goreng saiz besar, gulai tempoyak ikan patin, ikan haruan, dan budu special. Dipercayai, budu di restoran ini dimasak sendiri oleh tukang masak, dan sudah pasti takda di tempat lain..special kan?.

 
 2. Nasi Kukus Ayam Berempah. 
 Di Kelantan ni jugak, tersohor dengan Nasi Kukus Ayam Goreng berempah..Selain rasa nasi tu sedapp, tak sama dengan nasi kukus elektrik, specialnya ada pada ayam. Kalo kena rempah ( resepi tersendiri ) sedappp, maka sedaappp lahhh..bertambah sedap bila dimakan bersama sambal belacan dan juga papadom.

Kampung Sungai Pinang

Sejarah
 
                                                              Pengangkutan Air
 Suasana damai di Kampung Sungai Pinang yang terletak di dalam Daerah Tumpat, Kelantan mampu memberikan kenangan indah kepada pengunjung. Kehidupan masyarakat kampung yang masih kaya dengan elemen-elemen tradisi seperti menggunakan pengangkutan air masih dapat dilihat di sini. Selain itu, Daerah Tumpat terletak di bahagian utara Negeri Kelantan dan menjadi sempadan antara Malaysia dengan Negara Thailand. Faktor geografi tersebut menyebabkan ramai penduduk berketurunan Siam bermastautin di sini.
                                                                   Pokok Pinang
 Nama Kampung Sungai Pinang dikatakan berasal dari pokok pinang atau nama saintifiknya Areca Catechu yang tumbuh melata di tebing Sungai Kelantan. Suatu masa dahulu, penduduk tempatan kerap mengambil buah pinang untuk dimakan bersama daun sirih. Selain itu, penduduk juga gemar menjadikan isi buah pinang sebagai jeruk. Lantaran itu, kampung ini dikenali sebagai Kampung Sungai Pinang.





 

Kelantan Darul Naim

 Info Kelantan

                                                                Bendera Kelantan
Kelantan adalah salah satu negeri di Malaysia. Ibu negerinya adalah Kota Bharu. Nama rasmi bagi negeri Kelantan adalah Kelantan Darul Naim.
Negeri Kelantan bertempat timur Semenanjung Malaysia.Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.
Bandar-bandar utama di negeri Kelantan termasuklah Kota Bharu (ibu negeri), Pasir Puteh, Pasir Mas,Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli, Rantau Panjang dan Pangkalan Chepa.
  Sultan Negeri Kelantan merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Di bawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan Negeri. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Nama Kawan-Kawan

 Kawan-kawan Rapat       
       Perempuan
  • Syafira
  • Wati
  • Farhana
  • Fatihah
  • Anis
  • Nida
  • Adila 
                                                                Tinggal Kenangan
Kawan-kawan Rapat    
   Lelaki
  • Hakimi
  • Fariz
  • Izwan
  • Shahril
  • Farid


Isnin, 3 Jun 2013

Biodata Saya

Biodata  

Nama:Mona Dalilah Mohmad
Umur:18
Alamat:Kg.Sungai Pinang 16040 Palekbang,tumpat,kelantan.
Hobi:Melukis dan membaca novel
Cita-cita:Pelukis
Kenangan Manis:Bersama keluarga dan rakan-rakan
Kenangan Pahit:Berpisah dengan rakan-rakan
Minat:Cerita korea
Artis:Izzue Islam dan Aaron Aziz